Muka Depan          Laman Utama          Album Gambar          Arkib Peristiwa          Info Taman

 

Baca Semua Pantun

Dunia ini pentas dan manusia adalah pelakonnya.

Pilihlah watak yang memberi manfaat kepada diri sendiri, agama, bangsa dan negara.

... juga dikenali sebagai geting 1

Timang tinggi-tinggi

Sampai cucur atap

Belum tumbuh gigi

Sudah pandai baca kitab

SK Geting - Karya - Pantun

SK Geting v2.0

 

 

 << 1024 by 768 >>

 


SK Geting tidak bertanggungjawab terhadap apa yang telah, sedang atau akan ditulis oleh pelawat di ruangan ini.


Bilangan pelawat

 

 

sejak 29.11.2006


Lihat Perangkaan

 

PPDHL Ranking System For Malaysia School's Sites and Portals

Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals

 

 

 

Pisang emas dibawa belayar

Masak sebiji di atas peti

Hutang emas boleh dibayar

Hutang budi dibawa mati

 

Dari mana punai melayang

dari sawah turun ke kali

Dari mana datangnya sayang

Dari mata turun ke hati

 

Harap dikerat padi di ladang

Buah keranji di dalam bakul

Betapa berat mata memandang

Berat lagi bahu memikul

 

Delima batu dipenggal-penggal

Bawa galah ke Tanah Merah

Lima waktu kalau ditinggal

Ibu bapa pasti marah

 

Mari memancing ikan Semilang

Pancing bersama si ikan Puyu

SK Geting sentiasa gemilang

Tempat kita menuntut ilmu

 

Pokok melati cantik berbunga

Tumbuh selari menghias taman

Kalungkan diri dengan taqwa

Hiaskan diri bersama iman

 

Apa diguna tukul dan paku

Buat baiki dinding yang usang

Apa diminta pada diriku

Ilmu tiada daya pun kurang

 

 

 

Daun palas daun kelapa

Ikan sepat dimasak kari

Orang malas rugi sahaja

Hidup merempat seorang diri

 

Kalau ada sumur di ladang

Boleh saya menumpag mandi

Kalau ada umur yang panjang

Boleh kita berjumpa lagi

 

Pulau Pandan jauh ke tengah

Gunung Daik Bercabang tiga

Hancur badan dikandung tanah

Budi yang baik dikenang juga

 

Dari mana hendak ke mana

Tinggi rumput dari padi

Tahun mana bulan yang mana

Boleh kita berjumpa lagi

 

Sudah makan menjilat jari

Enaknya kari masih terasa

Ilmu diamalkan setiap hari

Bersopan diri setiap masa

 

Timang tinggi-tinggi

Sampai hujung atap

Belum tumbuh gigi

Sudah pandai baca kitab

 

 

 

 

 

 

 

BELAJAR SEDAR AMAL

skgeting@yahoo.com.my

SENTIASA KITA GEMILANG

 

 

PENAFIAN: SK Geting tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman ini.

 

 

2006 - 2008