HARI PERTAMA 2009
Perhimpunan berlangsung
dalam cuaca lembap.
HARI PERTAMA 2009
|
Tarikh |
: |
04hb. Januari 2009 |
|
Masa |
: |
7.45 pagi |
|
Tempat |
: |
Dataran Perhimpunan |
Perhimpunan pertama tahun 2009 ini diuruskan oleh Cikgu Zulkifli sebagai guru bertugas mingguan tidak seperti tahun-tahun lepas di mana ia diuruskan oleh pengawas bertugas.
Guru Besar juga mengambil peluang pertama menyampaikan ucapan dan maklumat-maklumat penting kepada para pelajar dan guru-guru. Diantaranya ialah mengenai RMTS yang mesti dibereskan sebelum pukul 7:30 pagi, kebersihan dan keselamatan di dalam bilik darjah, tidur dan bangun awal serta bersarapan sebelum ke sekolah. Beliau juga memaklumkan bahawa semua pelajar lelaki telah diwajibkan memakai tali leher mulai tahun 2009 ini.
Hari ini juga guru-guru kelas Tahun Satu memulakan program transisi mereka dengan membawa para pelajar mengenali tempat-tempat dan bilik-bilik utama di sekolah.
Pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan pada hari pertama ini.
"SENTIASA KITA GEMILANG"
Sekolah Kebangsaan Geting, 16200 Tumpat, Kelantan. Malaysia